Betulkan Semula Niat – Pertama sekali, betulkan niat kita. Untuk apa anda bercinta? Kenapa anda merasa perlu ada cinta itu? Semua ini perlu jelas. Segala yang kita buat mesti ada niat. Sebab itu kita selalu tahu bahawa amalan yang disertai bersama niat ada ganjarannya. Kalau masa mula-mula dahulu niatnya bercinta ialah untuk suka-suka, maknanya tidak betullah langkahnya. Bila-bila masa sahaja kekasih anda akan lari. Bila percintaan mengalami masalah, anda akan hilang tempat bergantung. Sebab niatnya untuk suka-suka.
Kekasih kita itu bukan milik kita – Selalu fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati bahawa diri kita ini Allah yang punya. Bukan ibu, bukan ayah yang memiliki kita ini. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi, kekasih yang kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya. Justeru, bila semua ini Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Perlu ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Ingatlah bahawa bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.
Dekatkan diri pada Maha Pencipta – Ramai yang cemburu, dia rasa hidup ini macam tak ada arah. Bila putus cinta pun macam itu. Semua rasa tak tenang. Prasangka, syak, dan cemburu ini semua kerja syaitan. Tidak ada yang dapat mengusir iblis ini melainkan jalannya ke arah Tuhan. Cinta ini Tuhan yang beri, matlamatnya pun untuk Tuhan. Jadi, dalam bercinta pun jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan DIA sumber kekuatan kita. Pasti jika nada berfikiran sedemikian, rasa cemburu, gundah, iri, gelisah, dan segala macam rasa tidak tenang di hati akan hilang.

Wednesday, December 21, 2011
Thursday, November 10, 2011
Hanya Yang Halal & Janji Allah SWT itu pasti...
Assalamualaikum.
“Aku dah putus dengan dia.”
“Huh... Kenapa?”
...
“Aku pun tak tahu, kenapa”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik.”
Selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu.”
“Kenapa? Apa yang dah jadi?”
“Rupa-rupanya dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih.”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang?”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia sekarang aku dah longlai. Separuh mati aku terluka. Rabak. Koyak. Patah.”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni. Tidurlah dah lewat ni.”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime.”
Beberapa bulan kemudian.
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“Kau ada jawapan?”
Senyum “Ada. Mudah.”
“Apa dia?”
“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”
“Kongsi lah.”
“Allah SWT sayang aku. Dia tak nak aku setia pada orang yang tak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah SWT beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah SWT aku terabai. Aku terlalu leka dengan dia.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawpan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah SWT. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa, duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar.”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah SWT tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan. Rindulah, sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat. Sebab tu, lebih baik mencegah daripada mengubati.”
“So sekarang?”
“Aku tengah berjuang untuk menjadi lebih baik. Doakan. Selangkah. Dua langkah. Aku sedang berlari mendekati Pencipta.”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah SWT itu pasti. Aku yakin Allah SWT dah sediakan imam yang terbaik buatku. Seseorang yang dapat membimbingku dan menyayangiku kerana-Nya. Tulang rusuk takkan tertukar.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah SWT. Aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah SWT sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah SWT buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Alhamdulillah syukur. Terima kasih Ya Allah. Kau selamatkanku sebelum aku tersadung jauh dari landasan-MU.”
from: Aurat itu Mahkota Wanita
Saturday, November 5, 2011
♥ Sesuatu yang baik belum tentu benar...
♥ Sesuatu yang benar belum tentu baik...
♥ Sesuatu yang bagus belum tentu berharga...
♥ Sesuatu yang berharga/berguna belum tentu bagus...
♥ Jika kita tidak dapat menjadi orang yang pandai, jadilah orang yang baik...
♥ Jika kita berbuat baik,kebaikan pula yang akan kita terima kelak...
ʚϊɞ Rendahkanlah HATI mu serendah mutiara di lautan...
ʚϊɞ Janganlah berjalan di dunia ini dengan kesombongan...
ʚϊɞ Usirlah semua KESEDIHAN dengan menyebut nama ALLAH Ta’ala...
ʚϊɞ Bergantunglah segala sesuatu pada-NYA..
ʚϊɞ Hindari serta jauhilah HAWA NAFSU yang melenakan...
p/s: fr0m my friend
Apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya, terpulang lah dengan diri kita sendiri bagimana untuk kita mencorakkannya... Sama ada kita memilih jalan ke syurga atau pun sebaliknya, tapi percayalah Allah menguji kita mengikut kemampuan kita.. Allah sayangkan semua hambaNya, tapi kita sebagai hamba yang selalu terleka dengan godaan dunia... setiap insan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa pun yang kita tempuhi dalam kehidupan ini ingat lah ada hikmah disebaliknya, tika senang mahupun susah jangan kita lupa kepada-NYA... Apa pun yang berlaku Tuhan sentiasa bersama-sama dengan kita.. Bak kata seorang sahabat "Allah kan ada" ^^
Friday, November 4, 2011
PeNeRaNg HaTi (◠‿◠)
Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu
Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh
Ulang Chorus 2x
dEnGaRLaH biNtAnG HaTiKu
Dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati..
** Aku akan menjagamu
semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku...
* Dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati..
** Aku akan menjagamu
semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh
ku terima kekuranganmu
dan ku tak akan mengeluh
karna bagiku engkaulah nyawaku...
aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati..
** Aku akan menjagamu
semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku...
* Dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati..
** Aku akan menjagamu
semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh
ku terima kekuranganmu
dan ku tak akan mengeluh
karna bagiku engkaulah nyawaku...
Thursday, October 20, 2011
~♥ KETIKA HATI DAN JIWA MUSLIMAH TERLUKA ♥~
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya.
... Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia.
Ketika hati seorang muslimah terluka, bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, matanya basah oleh lembutnya hatinya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar.
Ketika hati seorang muslimah terluka, jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar.
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH. ♥
˙·٠•●❤ Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH disaat dirimu TERLUKA. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dari-Nya. Kerana Dia ingin sentiasa dekat dengan dirimu. Insya-Allah, Allah SWT sentiasa bersamamu.❤●•٠·˙
p/s:: sumber drpd page Aurat Itu Mahkota Wanita (✿◠‿◠)
Monday, October 17, 2011
shawl.. trend remaja p0mpuan masa kini.. ^_^
holla guy's... tengah membelek2 majalah Dara terasa ingin b'k0ngsi lak tntng trend shawl dlm kalangan girl masa kini... cantik memang cantik, tambah2 lagi kalau si pemakainya memang cantik... cara pemakaian shawl yg ringkas & muda, tidak hairan lh mengapa pemakaian shawl menjadi trend remaja skrg... artis2 p0mpuan seperti Yuna, Fida dll sering menjadi ikutan para remaja p0mpuan dari segi fesyen.. sy suka tengok girl2 yg mengenakan shawl nie tambah2 lagi lau sesuai ngn dress yg di gunakan .. memang tip top lh... tp untuk diri sendiri, sy x suka sngat guna shawl... hehehe tp sy suka tengok org len guna shawl...
nie lak cara2 memakai shawl yg sy anggap paling mudah...
p/s: apa2 p0wn fesyen tudung & shawl yg ingin di gayakan biarlah b'sederhana ^_^
Saturday, September 17, 2011
hurmmm
what?????
--> its look like i don't care
--> but i do care
u know what....
i = black & white
u = colours of my life
Hatiku Milikmu
Hatiku Milikmu - Nera AF9
Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Wednesday, July 6, 2011
Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak???
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
- Artikel iluvislam.com
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
- Artikel iluvislam.com
Sunday, June 12, 2011
~bugis.fm masau-sau~
terbaek lh dari mahasiswa/i anak bugis, radio online yang memutarkan lagu-lagu bugis... tuk generasi muda bugis, radio online salah satu saluran yang baik tuk kita sama-sama mengenal lagu-lagu dari bangsa kita sendiri...
hehehe
salamkki maringkalinga
:D
Sunday, June 5, 2011
yaNg maNa saTu nEi????????
keliru lh weiiiii
mau guna yg mana satu nie
lens or glasses???
ala mau g jumpa lecturer jak p0wn
tapi masih gak ndk tau mau guna lens tau glasses..
huhuhu
LENS vs GLASSES
harap-harap semuanya berjalan lancar.... amin
The Zircon Black Beauty & The Lonely DaY
wehhhhhhhh
i really miss my Z I R C O N B L A C K B E A U T Y
******************************************
hari nie hari busy sedunia
mau g jumpa prof antr draf tesis, ntah lh draf yg keberapa sdh nie...
jalan kaki masuk UMS perghh terbaek lh
sangat-sangat memenatkan
sorry lh wahai kaki ku hari nie ko terpaksa bekerja lebih dari hari-hari biasa...
heeeeeee
tesis punya pasal, semuanya p0wn sangup di harungi....
**********************************************
p/s: baru kali nie aQ rasa aQ betul-betul hidup berdikari...
heeeeeeeeeeeeeee
Tuhan Ingin Kabarkan
sekuat dan sejujur manakah
hati ini merelakan
dia bukannya tercipta untukku
ku selami erti mencintai
berat dan bisa merebahkan
andai tak ku gagahi
kerna cinta itu memberi
kerna cinta itu memberi
kerna cinta itu peluang
namun bukan lagi buatku
mungkin Tuhan ingin memberitahukan
sesuatu...
bagaimana untuk aku terima
kebahagiaanmu itu punya jalannya
jalannya bukan bersama denganku
dia yang mengenalkan padaku
erti cinta sebenar
dia yang menyakitiku mesti tanpa kehendaknnya
sehingga aku sedar
segalanya...
p/s: dedicated to someone....
Saturday, June 4, 2011
emmm
i cannt feel antyhing!!!!
what happen to me?????
arghhhhh i really hate this feeling!!!!!
damn it!
Tuesday, May 24, 2011
11 Pesan Ayah ◕‿◕
Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.
Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.
Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.
Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.
Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.
Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.
Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.
Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.
Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.
Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.
Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.
p/s:: artikel nie dari web iluvislam.com... [rajin2 lh ya u guys tengok web tu]
Friday, May 20, 2011
Revolusi Iran 1979
Revolusi Iran pada tahun 1979 telah memberikan kesan yang mendalam terhadap Iran dan negara-negara di rantau Asia Barat. Masyarakat Iran mengelar revolusi yang berlaku di negara tersebut pada tahun 1979 sebagai “a cataclysmic event” yang mana dilihat telah menyebabkan berlakunya perubahan struktur politik, sosial, ekonomi dan lain-lain. Revolusi yang berlaku itu telah menggantikan sistem Barat kepada Teoritikal Islam (syiah) dan secara langsung telah menyebabkan berlaku perubahan dalam hubungan Barat dengan Iran. Revolusi ini berlaku di bawah pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomeini (pemimpin agung Syiah) yang bekerjasama dengan golongan intelektual Islam, parti berhaluan Kiri dan para golongan nasionalis.
Tujuan revolusi tersebut dilakukan adalah untuk menggulingkan sistem monarki Shah Iran di bawah pimpinan Mohammad Reza Pahlavi yang bersifat sekular dan pro-Barat sejak tahun 1941. Selepas kejatuhan pemerintahan Shah Iran berikutan revolusi yang berlaku dapat dilihat tertubuhnya sebuah Republik Islam Iran sehingga ke hari ini. Jika kita lihat revolusi yang berlaku di Iran amat berbeza dengan revolusi Barat. Hal ini kerana sekular yang ingin memisahkan dari nilai spritual agama, namaun tujuan sosialnya sama; keadilan, hak asasi, pembangunan sosial rakyat, hapuskan kekejaman dan seumpanya. Jika kita lihat sejak bermulanya revolusi Iran ini telah menjadikan rantau teluk sebagai medan peperangan sejak tahun 1980 sehingga sekarang. Dapat dilihat kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan lain-lain yang mana mempunyai kepentingan di rantau teluk akan membuat apa sahaja untuk menjaga kepentingan mereka di rantau tersebut. Revolusi Iran penting kerana mengubah corak politik bukan sahaja di Iran namun di seluruh rantau Asia Barat dan dunia Islam.
Tujuan revolusi tersebut dilakukan adalah untuk menggulingkan sistem monarki Shah Iran di bawah pimpinan Mohammad Reza Pahlavi yang bersifat sekular dan pro-Barat sejak tahun 1941. Selepas kejatuhan pemerintahan Shah Iran berikutan revolusi yang berlaku dapat dilihat tertubuhnya sebuah Republik Islam Iran sehingga ke hari ini. Jika kita lihat revolusi yang berlaku di Iran amat berbeza dengan revolusi Barat. Hal ini kerana sekular yang ingin memisahkan dari nilai spritual agama, namaun tujuan sosialnya sama; keadilan, hak asasi, pembangunan sosial rakyat, hapuskan kekejaman dan seumpanya. Jika kita lihat sejak bermulanya revolusi Iran ini telah menjadikan rantau teluk sebagai medan peperangan sejak tahun 1980 sehingga sekarang. Dapat dilihat kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan lain-lain yang mana mempunyai kepentingan di rantau teluk akan membuat apa sahaja untuk menjaga kepentingan mereka di rantau tersebut. Revolusi Iran penting kerana mengubah corak politik bukan sahaja di Iran namun di seluruh rantau Asia Barat dan dunia Islam.
p/s:: part of my thesis ◕‿◕
Friday, April 8, 2011
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)
BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....
sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)
last event in 'U'
Perjalanan hidup ku sebagai seorang pelajar hampir tiba ke penghujungnya, terasa cepat betul masa berlalu. Antara sedar dan tidak hampir tiga tahun aQ menuntut ilmu d sini dan kini akan tiba ke penghujungnya..
'Doha Round' merupakan event yang terakhir untuk pengajian ku di sini
Antara memori yang tercipta
i will miss u guys...
'Together We Are United'
hati bertanya kembali
aQ ingin melangkah ke hujung dunia tapi hayunan langkah ini tidak menemui titik penghujung itu.. ingin sekali aQ berlari dalam hujan dalam melepaskan rasa perih, kecewa, marah dan bengang agar tiada siapa yang perasan apa yang ingin aQ lepaskan namun aQ tidak mampu berbuat demikian... ingin sekali aQ mengapai langit yang biru itu, namun aQ berdaya untuk mencapainya... hati mula bermain teka teki lagi... apakah yang patut aQ buat???
aQ merangkak, berjalan dan berlari untuk mencari identiti diri, mencari tahu siapa aQ. aQ tidak mahu personaliti diri ku dipengaruhi oleh orang lain apa lagi cuba menjadi orang lain (agak mustahil untuk aQ), apa yang aQ mahu ialah diri ku yang sebenar-benarnnya tanpa pengaruh orang lain...i'm just me..
Dalam meniti kehidupan ini kita sering berhadapan dengan pelbagai rintangan, dugaan, halangan dan macam-macamlah... cukup tabahkah aQ?? mampukah aQ hadapi semuanya?? mencari haluan hidup ini sememangnya banyak cabaran dan kita hanya ada dua pilihan sahaja... syurga atau neraka...
aQ ingatkan aQ cukup kuat bila berhadapan dengan masalah, jelaslah diri ini terlalu lemah dan jahil...hanya pada_Nya Yang Maha Esa aQ berpaut... pada sahabat setiaku jua lah aQ meluahkan rasa yang terbuku di hati, sahabat itulah yang sentiasa bersamaku, sentiasa menolongku dan sentiasa ada untuk aQ... sayang ku kepada sahabat itu sama seperti sayangku terhadap saudara kandungku...
Seorang hamba Allah telah mengetuk pintu hati ini, sejak kali pertama bersua dan hati ini telah terpaut... Demi Allah aQ sendiri tidak tahu kenapa... tapi itulah kebenarannya... aQ cuba untuk menolak, tapi dia mencabarku dengan kejujurannya (apakah dia benar-benar jujur dengan ku? persoalan itu sering hadir dalam diri ini ) aQ tidak dapat menipu diri sendiri, perasaan sayang itu wujud tanpa aQ paksa dan kau tahu yang kau tidak bertepuk sebelah tangan... aQ hampir lemas dalam lautan kasih sayang yang sangat dalam kau berikan. namun pada saat itu jua lah hati mula bermonolog sendiri, ada kau akan terus bersamaku menerangi perjalanan hidup ini dengan cahaya yang terang di jalan yang diredah oleh Yang Maha Esa, adakah kau akan terus mengasihi dan menyanyangi diri ini kerana Yang Maha Esa...
namun... hati dan perasaan ini mula resah umpama sebuah sampan kecil yang terumbang-ambing dipukul ombak... masa terus berlalu, hubungan yang indah itu sedikit demi sedikit telah berubah... pada saat itu aQ tidak mampu untuk melihat cahaya kegembiraan yang engkau pernah katakan yang kita akan lalui bersama... kau memberikan harapaan kepada diri ini, tapi kau jugalah menjadi api dan membakar diri ini dalam diam...
saat kau berkata "jangan pernah muncul dalam hidupku lagi" dan "kau ada ka xda ka mcm x wujud jew, xda effect dlm life ku", betapa sedihnya hati ini... dan pada waktu itu jugalah aQ pergi dari mu demi kebahagiaan mu... aQ berdoa supaya suatu hari nanti kau akan menemui apa yang kau cari, agar kau lebih memahami erti cinta yang sebenarnya selain cinta kepada Yang Maha Esa... dan pada saat itu kau akan mengetahui bagaimana rasanya terlalu cintakan seseorang dan aQ berharap kau tidak akan terlewat untuk menghargainya... aQ tidak pernah menyesal kerana mengenali mu kerana sepanjang bersama mu aQ jujur dan ikhlas dengan perasaan ku terhadapmu...
aQ percaya kepada Yang Maha Esa yang telah mempertemukan kita, aQ tahu ada hikmat disebalik semua ini..
urmmmmm ~.~"
p/s: jangan sedih2 lg lorh, semuanya sdh ditentukan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. so enjoy ur life la.. ^^ hehehe
p/s: jangan sedih2 lg lorh, semuanya sdh ditentukan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. so enjoy ur life la.. ^^ hehehe
Friday, March 18, 2011
'GEMILANG' & 'REALIS' ~part 0f mY LiFe~
~zaman persekolahan memang best & best gilak.. aQ start belajar d smk tawau sejak tahun 2001 sampai lah 2007, dari form 1 sampai lah upper 6. paling best time form 6...
~form 4 & 5 meinggalkan kenangan yg manis, walaupun time tu nampak sangat banyak konflik, pastu budak2 kelas p0n ada yg berpuak2, terutamanya bdk2 p0mpuan yg baru masuk...cehhhhh.. banyak masalah yg ditimbulkan smpaikan bdk2 kelas 'Gemilang' digelar bdk2 nakal, dajal, pembawa masalah dan macam2 lagi la.. sebab banyak masalah yang ditimbulkanlah budak2 'Gemilang' terkenal satu sekolah.. ingat lagi satu kelas kena rotan baik lelaki mahupun p0mpuan, bikin malu tol time 2, sudah lah kena rotan depan kelas banyak lagi bdk2 kelas lain yg tengok 2..huiyssss itu lah bising lagi tengah2 org baca doa, nahh kamu padan muka.. bukan tu jak lain lagi kes bdk2 p0mpuan 'Gemilang' yg bergaduh ngan bdk kelas lain... iykssss nasib baik aQ ndk terlibat... bdk2 lelaki plak paling suka cari masalah, lau teda masalah dorag g cari masalah... masalah disipin tu jangan cakaplah... bdk2 'Gemilang' lah pemegang rekod nya.. hahaha banyak lagi la masalah yang ditimbulkan, tp bila ingat balik semua tu terasa lucu plak..
~paling best lau kelas pendidikan seni visual, yehhhh time nie lah g bengkel ps, bebas seh mau buat pa jak yg penting keja yg diberi kena siapkan... ko buat la pa ko suka time kelas ko makan ka, ko kecoh kah, ko 'tawaf ' satu bengkel ka yg penting keja siap... ingat lagi arwah bonda selalu cakap ngan kami 'woii budak2 kalau kamu bawak pulang warna ku kemalangan kamu balik dari sklh nnti' ndk p0n bonda cakap cam ni 'gagal kamu BM lau kamu amek warna ku'... hahahaha lucu betol arwa bonda, sapa ndk siap keja jangan masuk bengkel ps, duduklah kamu bertenggek dil luar tu... kenagan buat kerja kursus & mencanting batik lah yang paling best, nampak time nie semua bersatu & tolong antara satu sama lain.. bab2 melukis kerja kursus aQ wat sendiri ya, teda yang tolong dari melukis corak, motif , latar, bahan2 sampai lah mewarna semua aQ buat sendiri... m0 kata aQ terer melukis ndk juak p sdh dilatih melukis, so blh la juak... skrg nie tangan sdh jadi kayu ndk tau lagi teknik2 melukis, lama sdh aQ ndk melukis & mewarna, ndk pandai sdh aQ untuk semua tu..huhuhuhu
~setiap org mesti ada skecth book, nah setiap minggu ko melukislah di situ, ingat lagi gambar artis pertama yang aQ lukis ialah Wardina Safiya, first lukis tu guna grid gak sebab time tu ndk pandai lagi melukis, kena buat tone nya lagi supaya nampak muka wardina tu... fuh puas hati beb antara yang terbaik yang aQ pena lukis, lukis pemandagan waktu senja p0n best gak sebab ndk banyak main ngn warna, just guna warna2 basic cam hitam, kuning, oren & bberapa warna lain... semua lukisan tu aQ masi simpan lagi... masa wat kerja kursus tu aQ paling suka lukis motif bunga, sampai sekarang file tu aQ masi simpan, ingat lagi cikgu dzul pena ajar aQ cam mana mau buat tone pada bunga walaupun guna pensil jak tp hasilnya memuaskan.. memang terbaik lah...
~kenangan ngan arwah bonda ngan bdk 'Gemilang' time kelas ps memang ndk dapat dilupakan... bonda lah cikgu yg paling best, makaseh bonda... ndk sia2 juak belajar psv nie, korban masa ujung minggu turun g sekolah siapkan projek, tambah lagi cikguny memang best gilak2 juak, akhirnya aQ dapat 'A' juak tuk subjek psv spm...
~ aQ ndk pena terfikir pun mo amek form6, tapi sir Baljeet yg galakkan kami amek form6... ndk juak sia2 dia suru kami amek form6... aQ lak amek jak form6 nie, sbb tawar tuk bljr d uitm dlm bidang seni halus & seni lukis aQ tolak sbb ditentang habes, ada uncle aQ cakap belajar dalam bidang tu teda masa depan.. whatever la, time tu masi dianggap bdk2 lagi, so keputusan untuk aQ sambung belajar bkn aQ yang tentukan... nah kau last2 aQ amek form6 walaupun ko ndk galakkan kn.. huhuhuhu
~ form6 ok sikit dari form5.. nie kali semua bersatu... ingat la masa mo buat first projek, hanya beberapa orang yang lau psal projek nie, kira macam projek bawa tanah lah sebb ndk diluluskan lagi.
~ 'KRTM' atau 'Karnival Realis Tekno Merdeka'... itu lah projek yang kami ingat laksana kan sebelum kami keluar dari smk tawau, semua ok pasal projek tu, semua lulus p sampai satu peringkat nie, pengetua time ndk dapat luluskan plak, sebab melibatkan kos yang besar & pastu kami mau stpm sdh kunun... huhu punya hampa, kin penat aQ jak buat pastu edit proposal, nasib baik naomi ngn awin sebagai pengarah bersama, ndk juak hot sbb ndk diluluskaan projek tu... pa2 pun kami terima gak la... hampa bt0l....
~ sama seperti form 4 & 5, form 6 pun cam tu gak '6 Realis' sering mnimbulkan masalah & dilabel sebagai kelas bdk2 nakal... adoiyyyyyyaaaaa time form 6 nie juga aQ terlibat dalam konspirasi yg amat besar...fuhhh time tu lah...hahahha teda niat p0wn mo libatkn diri tp kawan punya pasal,terpaksa libatkn diri dah kawan mnta tolong so demi kawan apa2 p0wn dilakukan... memang rasa bersalah sebab kes tu kes paling besar di sekolah time tu, mo sik tau ngan cikgu p0wn ndk sampai hati orhhh... so dorg kecoh2 aQ bediam jak la wat cam ndk tau pa2...hehehehe
~ time form 6 juak la aQ di offer oleh Ustaz Nasir tuk menyertai Akademik Forum Remaja (AFR)... semua nie bermula time ujian lisan bahasa melayu time form 5, ujian lisan tu Ustz Nasir under dia, then aQ dapat full mark tuk ujian lisan tu, dari situ la dia mula offer aQ tuk sertai AFR ... masuk lower 6 aQ p0wn terima la tawaran tu, disutu lah aQ didedah kan dengan situsi forum remaja yang sebenar , pergi tengok setiap pertandingan yang diadakan sebagai pendedahahn awal... FR tidak sama seperti debat mahupun pidato... satu pengalaman yang menarik bila menyertai AFR, sebab mula dari time tu la aQ alert dengan perkembagan semasa, mula amek tahu apa yang berlaku di peringkat domestik mahupun global... ingat lagi tajuk yang menarik minat ku time tu ialah 'pemupukan minda kelas pertama" yang mana merupakan salah satu yang digariskan dalam RMK entah yang keberapa..hehe
~ salah satu yang aQ ndk dapat lupa ialah masa jadi pustakawati tuk library sekolah, memang best la, time tu aQ jadi ketua biro perhubungan luar dan dalam pusat sumber sekolah... setiap hari isnin semasa perhimpunan terdapat satu slot ialitu '5 minit bersama pusat sumbur sekolah' hahhh tugas ku la tuk cari tajuk yang best2 tuk di kongsi bersama time perhimpunan tu, kena buat teks ucapan lagi, pastu atur budak siapa yang kena bertugas tuk bacakan info time perhimpunan tu dan lepas tu kena buat laporan lagi .. memang terbaik la... hehehe aQ masih ingat lagi antara tajuk yang aQ buat ialah minda kelas pertama, budaya gothik, RMK, budaya jepun p ndk ingat lak berkaitan dengan budaya apa dan banyak lagi la.... best sangat-sangat time tu...
~ time form 6 juak la aQ di offer oleh Ustaz Nasir tuk menyertai Akademik Forum Remaja (AFR)... semua nie bermula time ujian lisan bahasa melayu time form 5, ujian lisan tu Ustz Nasir under dia, then aQ dapat full mark tuk ujian lisan tu, dari situ la dia mula offer aQ tuk sertai AFR ... masuk lower 6 aQ p0wn terima la tawaran tu, disutu lah aQ didedah kan dengan situsi forum remaja yang sebenar , pergi tengok setiap pertandingan yang diadakan sebagai pendedahahn awal... FR tidak sama seperti debat mahupun pidato... satu pengalaman yang menarik bila menyertai AFR, sebab mula dari time tu la aQ alert dengan perkembagan semasa, mula amek tahu apa yang berlaku di peringkat domestik mahupun global... ingat lagi tajuk yang menarik minat ku time tu ialah 'pemupukan minda kelas pertama" yang mana merupakan salah satu yang digariskan dalam RMK entah yang keberapa..hehe
~ salah satu yang aQ ndk dapat lupa ialah masa jadi pustakawati tuk library sekolah, memang best la, time tu aQ jadi ketua biro perhubungan luar dan dalam pusat sumber sekolah... setiap hari isnin semasa perhimpunan terdapat satu slot ialitu '5 minit bersama pusat sumbur sekolah' hahhh tugas ku la tuk cari tajuk yang best2 tuk di kongsi bersama time perhimpunan tu, kena buat teks ucapan lagi, pastu atur budak siapa yang kena bertugas tuk bacakan info time perhimpunan tu dan lepas tu kena buat laporan lagi .. memang terbaik la... hehehe aQ masih ingat lagi antara tajuk yang aQ buat ialah minda kelas pertama, budaya gothik, RMK, budaya jepun p ndk ingat lak berkaitan dengan budaya apa dan banyak lagi la.... best sangat-sangat time tu...
~ walau apapun yang berlaku di 6 Realis, itu ceta lama kini hanya mampu dikenang jak.. indah zaman persekolahan dulu... rasa ingin kemabali ke zaman itu dan ingin melakarkan sesuatu yang lebih indah... hehehehe
always miss my gemilang & realis
Tuesday, March 8, 2011
Si Gadis Bercerita Tentang Cinta
Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka; dulu, kini dan selamanya.
Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.
Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.
Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.
Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.
Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.
Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.
"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."
Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.
Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.
Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.
Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!
Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.
"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"
Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya 2 individu yang benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada insyaAllah, seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.
Pertemuan 2 buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.
Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat 'restu' untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.
Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.
Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.
Apa-apa pun, saya suka mendengar Si Gadis bercerita. Katanya, dia bercerita untuk berkongsi agar ada bahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan.
Saturday, March 5, 2011
Solat...solat...solat
Allah S.W.T berfirman:
"wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah s.w.t) dengan sabar dab solat..."
(Al-Baqarah: 153)
Jika kamu rasa takut atau kamu diliputi perasaan sedih dan rasa gelisah menguasai perasaan kamu, maka bangkitlah segera menuju solat, nescaya rohmu akan kembali padamu dan jiwamu menjadi tenang. Sesungguhnya solat menjadi penanggung -atas izin Allah s.w.t- untuk menghilangkan kesedihan yang berpanjangan dan kesusahan serta mengusir benih-benih kepedihan.
"wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah s.w.t) dengan sabar dab solat..."
(Al-Baqarah: 153)
Jika kamu rasa takut atau kamu diliputi perasaan sedih dan rasa gelisah menguasai perasaan kamu, maka bangkitlah segera menuju solat, nescaya rohmu akan kembali padamu dan jiwamu menjadi tenang. Sesungguhnya solat menjadi penanggung -atas izin Allah s.w.t- untuk menghilangkan kesedihan yang berpanjangan dan kesusahan serta mengusir benih-benih kepedihan.
bahan bacaan yang rigkas & penuh dengan kisah yang menarik..
"Ya Allah Aku Tidak Layak Untuk KeSyurga-Mu, Namun Aku juga Takut Azab Neraka-Mu" |
Bab 1:
Wanita yang menggegarkan sejarah Islam
Bab 2:
Mereka bercakap mengenai cinta
Bab 3:
Terdapat dua hukum dalam mancintai
Bab 4:
Mengapa Allah sahaja yang layak di cintai?
Bab 5:
Carilah sahabat sejati untuk mendapatkan cinta-Nya!
Bab 6:
Perangkap cinta:
- cinta pada anak & isteri
- cinta pada wanita
- cinta pada diri sendiri
- cinta pada manusia
- cinta pada kedudukan
- cinta pada dunia
Kisah-kisah hikmah mereka yang mencintai Allah S.W.T:
- Abu Yazid al-Busthami
- Hasan al-Basri
- Ibrahim bin Adham
- Jalaluddin Rumi
- Mansur al-Hallaj
- Rabi'ah Adawiyah
Sunday, February 27, 2011
hanya sebuah kemaafan yang aQ inginkan ~.~'
Sinar cahaya yang malap itu, kini telah padam cahayanya. Ingin ku nyalakan kembali sinar cahaya itu namun aQ sudah tidak berdaya lagi. Tapi hati ini ingin sekali menyalakan sinar cahaya itu...hummm terlalu sukar bagiku.
Sang suria kini mula mengambil tempat yang ditinggalkan oleh sang bulan dan mula melaksankan tugasnya untuk menyinari hari-hari segenap manusia dengan penuh kemegahan... Hari berganti hari aQ masih terus di sini dan terus begini menantikan sebuah kemaafan yang amat aQ nantikan, namun penantian itu seakan tiada maknanya... Apakah aQ harus terus menanti??? Ingin sekali aQ melupakan semuanya namun hati ini masih berdegil dan tidak mahu melupakannya... "tolonglah wahai hatiku, jangan kau seksa diriku ini dengan menghadirkan rasa rindu ini kepadanya."...
Bila aQ salah tolong maafkan aQ... Bila aQ tidak mampu untuk membahagiakan dirimu, aQ tidak mampu menjadi seperti yang kau inginkan, aQ tidak mampu menjadi yang terbaik unutkmu, aQ tidak sempurna untuk dirimu dan pabila diri ini tidak lagi mampu untuk tepati janji-janji terhadapmu hanya sebuah kemaafan yang aQ pinta darimu...
Diri ini tidak kuat untuk menghadapi semua ini, namun bila difikirkan semula mungkin ada hikmahnya mengapa semua ini berlaku... aQ tahu aQ telah membuat dirimu marah dan terluka tapi aQ tidak pernah inginkan perpisahan... Mungkin aQ salah dimata mu & mungkin aQ lemah dimata mu, tapi tidak prnah terdetik dihati ini kau pergi tinggalkan aQ...Setiap detik aQ ingin selalu bersama dengan mu... aQ ingin sekali untuk kau mendendangkan lagu untuk ku... Kini hanya lagu yang menjadi ingatan dan kenangan,
ingin sekali aQ memiliki lebih dari itu, namun aQ sedar aQ tidak akan pernah memilikinya lagi... Terima kasih kepada mu kerana pernah menyayangi diri ini dahulu...
Pada detik itu kita bersua untuk terakhir kalinya, kehilangan amat terasa di hati... Akan aQ gagahkan hati ini dan akan ku pujuk hati ini untuk menerima semuanya dengan hati yang terbuka... Akan ku pasrahkan hati ini menerima ketentuan Yang Maha-Esa...
Subscribe to:
Comments (Atom)