aQ ingin melangkah ke hujung dunia tapi hayunan langkah ini tidak menemui titik penghujung itu.. ingin sekali aQ berlari dalam hujan dalam melepaskan rasa perih, kecewa, marah dan bengang agar tiada siapa yang perasan apa yang ingin aQ lepaskan namun aQ tidak mampu berbuat demikian... ingin sekali aQ mengapai langit yang biru itu, namun aQ berdaya untuk mencapainya... hati mula bermain teka teki lagi... apakah yang patut aQ buat???
aQ merangkak, berjalan dan berlari untuk mencari identiti diri, mencari tahu siapa aQ. aQ tidak mahu personaliti diri ku dipengaruhi oleh orang lain apa lagi cuba menjadi orang lain (agak mustahil untuk aQ), apa yang aQ mahu ialah diri ku yang sebenar-benarnnya tanpa pengaruh orang lain...i'm just me..
Dalam meniti kehidupan ini kita sering berhadapan dengan pelbagai rintangan, dugaan, halangan dan macam-macamlah... cukup tabahkah aQ?? mampukah aQ hadapi semuanya?? mencari haluan hidup ini sememangnya banyak cabaran dan kita hanya ada dua pilihan sahaja... syurga atau neraka...
aQ ingatkan aQ cukup kuat bila berhadapan dengan masalah, jelaslah diri ini terlalu lemah dan jahil...hanya pada_Nya Yang Maha Esa aQ berpaut... pada sahabat setiaku jua lah aQ meluahkan rasa yang terbuku di hati, sahabat itulah yang sentiasa bersamaku, sentiasa menolongku dan sentiasa ada untuk aQ... sayang ku kepada sahabat itu sama seperti sayangku terhadap saudara kandungku...
Seorang hamba Allah telah mengetuk pintu hati ini, sejak kali pertama bersua dan hati ini telah terpaut... Demi Allah aQ sendiri tidak tahu kenapa... tapi itulah kebenarannya... aQ cuba untuk menolak, tapi dia mencabarku dengan kejujurannya (apakah dia benar-benar jujur dengan ku? persoalan itu sering hadir dalam diri ini ) aQ tidak dapat menipu diri sendiri, perasaan sayang itu wujud tanpa aQ paksa dan kau tahu yang kau tidak bertepuk sebelah tangan... aQ hampir lemas dalam lautan kasih sayang yang sangat dalam kau berikan. namun pada saat itu jua lah hati mula bermonolog sendiri, ada kau akan terus bersamaku menerangi perjalanan hidup ini dengan cahaya yang terang di jalan yang diredah oleh Yang Maha Esa, adakah kau akan terus mengasihi dan menyanyangi diri ini kerana Yang Maha Esa...
namun... hati dan perasaan ini mula resah umpama sebuah sampan kecil yang terumbang-ambing dipukul ombak... masa terus berlalu, hubungan yang indah itu sedikit demi sedikit telah berubah... pada saat itu aQ tidak mampu untuk melihat cahaya kegembiraan yang engkau pernah katakan yang kita akan lalui bersama... kau memberikan harapaan kepada diri ini, tapi kau jugalah menjadi api dan membakar diri ini dalam diam...
saat kau berkata "jangan pernah muncul dalam hidupku lagi" dan "kau ada ka xda ka mcm x wujud jew, xda effect dlm life ku", betapa sedihnya hati ini... dan pada waktu itu jugalah aQ pergi dari mu demi kebahagiaan mu... aQ berdoa supaya suatu hari nanti kau akan menemui apa yang kau cari, agar kau lebih memahami erti cinta yang sebenarnya selain cinta kepada Yang Maha Esa... dan pada saat itu kau akan mengetahui bagaimana rasanya terlalu cintakan seseorang dan aQ berharap kau tidak akan terlewat untuk menghargainya... aQ tidak pernah menyesal kerana mengenali mu kerana sepanjang bersama mu aQ jujur dan ikhlas dengan perasaan ku terhadapmu...
aQ percaya kepada Yang Maha Esa yang telah mempertemukan kita, aQ tahu ada hikmat disebalik semua ini..
urmmmmm ~.~"
p/s: jangan sedih2 lg lorh, semuanya sdh ditentukan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. so enjoy ur life la.. ^^ hehehe
p/s: jangan sedih2 lg lorh, semuanya sdh ditentukan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. so enjoy ur life la.. ^^ hehehe
No comments:
New comments are not allowed.