Revolusi Iran pada tahun 1979 telah memberikan kesan yang mendalam terhadap Iran dan negara-negara di rantau Asia Barat. Masyarakat Iran mengelar revolusi yang berlaku di negara tersebut pada tahun 1979 sebagai “a cataclysmic event” yang mana dilihat telah menyebabkan berlakunya perubahan struktur politik, sosial, ekonomi dan lain-lain. Revolusi yang berlaku itu telah menggantikan sistem Barat kepada Teoritikal Islam (syiah) dan secara langsung telah menyebabkan berlaku perubahan dalam hubungan Barat dengan Iran. Revolusi ini berlaku di bawah pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomeini (pemimpin agung Syiah) yang bekerjasama dengan golongan intelektual Islam, parti berhaluan Kiri dan para golongan nasionalis.
Tujuan revolusi tersebut dilakukan adalah untuk menggulingkan sistem monarki Shah Iran di bawah pimpinan Mohammad Reza Pahlavi yang bersifat sekular dan pro-Barat sejak tahun 1941. Selepas kejatuhan pemerintahan Shah Iran berikutan revolusi yang berlaku dapat dilihat tertubuhnya sebuah Republik Islam Iran sehingga ke hari ini. Jika kita lihat revolusi yang berlaku di Iran amat berbeza dengan revolusi Barat. Hal ini kerana sekular yang ingin memisahkan dari nilai spritual agama, namaun tujuan sosialnya sama; keadilan, hak asasi, pembangunan sosial rakyat, hapuskan kekejaman dan seumpanya. Jika kita lihat sejak bermulanya revolusi Iran ini telah menjadikan rantau teluk sebagai medan peperangan sejak tahun 1980 sehingga sekarang. Dapat dilihat kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan lain-lain yang mana mempunyai kepentingan di rantau teluk akan membuat apa sahaja untuk menjaga kepentingan mereka di rantau tersebut. Revolusi Iran penting kerana mengubah corak politik bukan sahaja di Iran namun di seluruh rantau Asia Barat dan dunia Islam.

p/s:: part of my thesis
No comments:
Post a Comment