Tuesday, May 24, 2011

11 Pesan Ayah ◕‿◕



Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.

Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.

Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.

Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.

Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.

Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.

Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.

Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.

Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.

Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.

Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

p/s:: artikel nie dari web iluvislam.com... [rajin2 lh ya u guys tengok web tu]

Friday, May 20, 2011

Revolusi Iran 1979


Revolusi Iran pada tahun 1979 telah memberikan kesan yang mendalam terhadap Iran dan negara-negara di rantau Asia Barat. Masyarakat  Iran mengelar revolusi yang berlaku di negara tersebut pada tahun 1979 sebagai “a cataclysmic event” yang mana dilihat telah menyebabkan berlakunya perubahan struktur politik, sosial, ekonomi dan lain-lain. Revolusi yang berlaku itu telah menggantikan sistem Barat kepada Teoritikal Islam (syiah) dan secara langsung telah menyebabkan berlaku perubahan dalam hubungan Barat dengan Iran. Revolusi ini berlaku di bawah pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomeini (pemimpin agung Syiah) yang bekerjasama dengan golongan intelektual Islam, parti berhaluan Kiri dan para golongan nasionalis. 


Tujuan revolusi tersebut dilakukan adalah untuk menggulingkan sistem monarki Shah Iran di bawah pimpinan Mohammad Reza Pahlavi yang bersifat sekular dan pro-Barat sejak tahun 1941. Selepas kejatuhan pemerintahan Shah Iran berikutan revolusi yang berlaku dapat dilihat tertubuhnya sebuah Republik Islam Iran sehingga ke hari ini. Jika kita lihat revolusi yang berlaku di Iran amat berbeza dengan revolusi Barat. Hal ini kerana sekular yang ingin memisahkan  dari nilai spritual agama, namaun tujuan sosialnya sama; keadilan, hak asasi, pembangunan sosial rakyat, hapuskan kekejaman dan seumpanya. Jika kita lihat sejak bermulanya revolusi Iran ini telah menjadikan rantau teluk sebagai medan peperangan sejak tahun 1980 sehingga sekarang. Dapat dilihat kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan lain-lain yang mana mempunyai kepentingan di rantau teluk akan membuat apa sahaja untuk menjaga kepentingan mereka di rantau tersebut. Revolusi Iran penting kerana mengubah corak politik bukan sahaja di Iran namun di seluruh rantau Asia Barat dan dunia Islam.


p/s:: part of my thesis  ◕‿◕