Kasih Sayang amat penting dalam diri setiap insan, sama ada kasih sayang terhadap Tuhan Yang Esa, kasih sayang terhadap keluarga, kasih sayang tuk sahabat dan sebagainya. Kasih sayang amat penting dalam diri seetiap individu kerana ianya mampu membentuk kebahagiaan. Tanpa kasih sayang, kehidupan seseorang itu boleh dianggap picang dan tidak lemgkap. Dengan adanya kasih sayang akan timbullah perasaan sayang dan disayangi... urmmm kasing sayang sebenarnya amat luas maksudnya.... terpulang kepada setipa individu itu sendiri bagaimana untuk mentafsirkan kasih sayang yang sebenarnya......
Cinta walaupun tidak dirancang dan dipupuk, cinta sebenarnya boleh bersemi dan lahir dalam diri setiap insan. Cinta adalah sebuah perasaan terhadap seseorang yang hadir tanpa dipaksa dan terpaksa. Cinta sebegini selalu hadir dalam diri ketika seseorang itu berada dalam kesedihan, kegelisahan dan kesepian. definisi cinta berbeza-beza mengikut penafsiran setiap individu kerana haya individu tersebut yang tahu dan mengerti tentang perasaannya.
Cemburu sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk. Cemburu juga tergolong dalam kelompok yang sama dengan sifat amarah. Apa yang membezakan antara cemburu dan amarah ialah cemburu ada kebaikan dan keburukannya...

No comments:
Post a Comment