Sang suria mula melabuhkan tirainya di kaki langit, ombak pula semakin rancak dan ganas menghempaskan diri ke pantai, awan yang cerah mula berarak bertukar gelap. Sedih, pilu dan gelisah kembali mencengkam hatiku yang sedikit demi sedikit mula hancur ibarat buih-buih yang pecah tatkala ombak mula menghempas pantai.
Fikiran ku kini ligat mengimbas kembali saat indah di awal perkenalan kita, betapa mesranya dirimu, betapa riangnya dirimu & betapa gembiranya dirimu, begitu juga dengan diriku. Tarikh _1 N0vember 20_ _ adalah kali pertama kita berkenalan melalui seorang seorang sahabat & kita berbicara melalui telef0n... Riangnya tutur bicara mu membuatku terhibur. Tapi itu semua sudah berlalu, keadaan telah berubah sejak beberapa bulan yang lalu, tetapi perubahan yang paling ketara ialah sejak dua bulan yang lalu. Dahulu masa ku sering terisi dengan menjawab panggilan dari mu, membalas setiap sms mu, tapi kini masa sering aku habiskan bersama bisikan bayu yang amat membosankan menanti panggilan dan sms dari mu di ruang yang amat sepi. Aku tahu kau sedang bergembira dan sering menghabiskan masa bersama si dia yang baru kau kenali ketika kau melanjutkan pelajaran di sana, dan pada ketika itulah masa mu untuk aku sudah tiada lagi. Walaupun kau tidak mengatakannya dan mengakuinya dan setiap kali aku bertanya kau sering menafikannya... hurmmm kenapa ini berlaku, mengapa kau berubah??? Alangkah baiknya jika kau dapat memahami perasaan ini...
Sinar kegembiraan yang aQ harapkan akan terus menyinari jalan hidupku bersama mu semakin hari semakin malap dan sirna cahayanya. Kau sengaja mencemari semuanya dan mengheret hati ini ke jurang kesedihan dan kau berjaya membawa hati ini ke jurang kehancuran. Setelah kegembiraan bersama mu aku rasai, kini semuanya telah berubah dek kerana sikap mu yang berubah. Aku juga sedar, aku tidak punya apa-apa, aku juga sedar aku tidak setanding dengan si dia yang mendampingi mu sekarang. Betapa sedih, kecewa dan hancurnya hati ini umpama sebuah sampan kecil yang terumbang-ambing di pukul ombak. Namun, aku tidak meletakkan kesalahan ke atas diri mu, mungkin aku juga membuat kesilapan. Tapi aku cuba berubah dan sentiasa memperbaiki diri ini, tapi diri mu???????????? hurmmmm sukarnya untuk aku laluinya...
Kini aku hanya mampu mengenang kisah kita sebagai kenangan manis dan terindah dalam hidup ini, aku tidak pernah menyesal mengenali diri mu yang banyak mengajarku erti cinta sesama manusia dan erti cinta kepada Yang Maha Esa. Aku terima semua ini sebagai takdir yang telah ditentukan kepada ku. Aku bahagia walaupun pada hakikatnya betapa hancurnya hati ini. Namun bagi ku, jika kau gembira maka aku turut tumpang kegembiraan dirimu dari jauh. Bagi ku, biarlah luka ini aku rawat sediri dan sembuh dengan sendirinya, dan akan aku balut kekecewaan ini dengan balutan yang kemas.
Hakikat mengetahui sebuah kebenaran adalah lebih manis walaupun adakalanya pahit untuk diterima, hakikat sebuah kebenaran yang seringkali dinafikan melalui sebuah penipuan adalah sukar dan pahit diterima...
Setiap waktu aku mengenangi mu, teringat kepada mu dan aku sentisa berdoa semoga diri mu mendapat kebahagiaan yang kau inginkan, apa yang kau impikan akan kau capai, dan berdoa agar kau berjaya dalam hidup dunia dan akhirat serta sentiasa berada dalam rahmat dan keredaan Yang Maha Esa...
Dalam meniti suratan hidup ini, aku pasrah menerima ketentuan Yang Maha Esa...