Tuesday, December 28, 2010

Tidak Seindah Dahulu

Sang suria mula melabuhkan tirainya di kaki langit, ombak pula semakin rancak dan ganas menghempaskan diri ke pantai, awan yang cerah mula berarak bertukar gelap. Sedih, pilu dan gelisah kembali mencengkam hatiku yang sedikit demi sedikit mula hancur ibarat buih-buih yang pecah tatkala ombak mula menghempas pantai.

Fikiran ku kini ligat mengimbas kembali saat indah di awal perkenalan kita, betapa mesranya dirimu, betapa riangnya dirimu & betapa gembiranya dirimu, begitu juga dengan diriku. Tarikh _1 N0vember 20_ _ adalah kali pertama kita berkenalan melalui seorang  seorang sahabat & kita berbicara melalui telef0n... Riangnya tutur bicara mu membuatku terhibur. Tapi itu semua sudah berlalu, keadaan telah berubah sejak beberapa bulan yang lalu, tetapi perubahan yang paling ketara ialah sejak dua bulan yang lalu. Dahulu masa ku sering terisi dengan menjawab panggilan dari mu, membalas setiap sms mu, tapi kini masa sering aku habiskan bersama bisikan bayu yang amat membosankan menanti panggilan dan sms dari mu di ruang yang amat sepi. Aku tahu kau sedang bergembira dan sering menghabiskan masa bersama si dia yang baru kau kenali ketika kau melanjutkan pelajaran di sana, dan pada ketika itulah masa mu untuk aku sudah tiada lagi. Walaupun kau tidak mengatakannya dan mengakuinya dan setiap kali aku bertanya kau sering menafikannya... hurmmm kenapa ini berlaku, mengapa kau berubah??? Alangkah baiknya jika kau dapat memahami perasaan ini...

Sinar kegembiraan yang aQ harapkan akan terus menyinari jalan hidupku bersama mu semakin hari semakin malap dan sirna cahayanya. Kau sengaja mencemari semuanya dan mengheret hati ini ke jurang kesedihan dan kau berjaya membawa hati ini ke jurang kehancuran. Setelah kegembiraan bersama mu aku rasai, kini semuanya telah berubah dek kerana sikap mu yang berubah. Aku juga sedar, aku tidak punya apa-apa, aku juga sedar aku tidak setanding dengan si dia yang mendampingi mu sekarang. Betapa sedih, kecewa dan hancurnya hati ini umpama sebuah sampan kecil yang terumbang-ambing di pukul ombak. Namun, aku tidak meletakkan kesalahan ke atas diri mu, mungkin aku juga membuat kesilapan. Tapi aku cuba berubah dan sentiasa memperbaiki diri ini, tapi diri mu???????????? hurmmmm sukarnya untuk aku laluinya... 

Kini aku hanya mampu mengenang kisah kita sebagai kenangan manis dan terindah dalam hidup ini, aku tidak pernah menyesal mengenali diri mu yang banyak mengajarku erti cinta sesama manusia dan erti cinta kepada Yang Maha Esa. Aku terima semua ini sebagai takdir yang telah ditentukan kepada ku. Aku bahagia walaupun pada hakikatnya betapa hancurnya hati ini. Namun bagi ku, jika kau gembira maka aku turut tumpang kegembiraan dirimu dari jauh. Bagi ku, biarlah luka ini aku rawat sediri dan sembuh dengan sendirinya, dan akan aku balut kekecewaan ini dengan balutan yang kemas.

Hakikat mengetahui sebuah kebenaran adalah lebih manis walaupun adakalanya pahit untuk diterima, hakikat  sebuah kebenaran yang seringkali dinafikan melalui sebuah penipuan adalah sukar dan pahit diterima...

Setiap waktu aku mengenangi mu, teringat kepada mu dan aku sentisa berdoa semoga diri mu mendapat kebahagiaan yang kau inginkan, apa yang kau impikan akan kau capai, dan berdoa agar kau berjaya dalam hidup dunia dan akhirat serta sentiasa berada dalam rahmat dan keredaan Yang Maha Esa...

Dalam meniti suratan hidup ini, aku pasrah menerima ketentuan Yang Maha Esa...

Tuesday, December 21, 2010

Kasih Sayang amat penting dalam diri setiap insan, sama ada kasih sayang terhadap Tuhan Yang Esa, kasih sayang terhadap keluarga, kasih sayang tuk sahabat dan sebagainya. Kasih sayang amat penting dalam diri seetiap individu kerana ianya mampu membentuk kebahagiaan. Tanpa kasih sayang, kehidupan seseorang itu boleh dianggap picang dan tidak lemgkap. Dengan adanya kasih sayang akan timbullah perasaan sayang dan disayangi... urmmm kasing sayang sebenarnya amat luas maksudnya.... terpulang kepada setipa individu itu sendiri bagaimana untuk mentafsirkan kasih sayang yang sebenarnya......

Cinta walaupun tidak dirancang dan dipupuk, cinta sebenarnya boleh bersemi dan lahir dalam diri setiap insan. Cinta adalah sebuah perasaan terhadap seseorang yang hadir tanpa dipaksa dan terpaksa. Cinta sebegini selalu hadir dalam diri ketika seseorang itu berada dalam kesedihan, kegelisahan dan kesepian. definisi cinta berbeza-beza mengikut penafsiran setiap individu kerana haya individu tersebut yang tahu dan mengerti tentang perasaannya.

Cemburu   sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk. Cemburu juga tergolong dalam kelompok yang sama dengan sifat amarah. Apa yang membezakan antara cemburu dan amarah ialah cemburu ada kebaikan dan keburukannya... 

JaNgAn dEnGki!!!! SeNtiAsa BeRsYuKuR

Setiap manusia memiliki keperibadian yang berbeza-beza.....

Tidak dapat dinafikan ada diantara kita yang seringkali terasa menderita dengan keadaan yang menimpa, terasa gundah dengan kekurangan yang ada dalam diri sendiri, terasa terseksa dengan kelebihan dan kejayaan orang lain [terutamanya orang yang berada disekeliling @ teman rapat].Akhirnya situasi menimbulkan perasaan dengki, iri hati, kebencian dan sebagainya....

p/s: kenapa sering dengki & tidak puas hati dengan kelebihan & kejayaan yang orang lain miliki, kenapa tidak berusaha & bersaing secara sihat tuk mencapai kejayaan, perbaiki kelemahan yang ada pada diri, sikap dengki tiada faedah pun... 

Kita seharusnya melihat apa yang ada dalam diri kita & bersyukur dengan apa yang kita miliki. Apabila kita mampu bersyukur & terus bersyukur, insyaAllah keikhlasan & kesabaran dalam meniti kehidupan ini akan lahir dalam diri kita. Dan disitulah kebahagian demi kebahagiaan kita akan temui... 

Monday, December 20, 2010

Kelebihan Ayat Kursi



Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. 

4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah!