Wednesday, June 26, 2013

Renungan!!! Misteri Wajah Jenazah Bertukar Hitam

Renungan! Misteri Wajah Jenazah Bertukar Hitam | Berkhidmat dalam bidang menguruskan jenazahmerupakan satu amalan yang mulia. Biarpun pekerjaan seperti ini, seperti satu yang menakutkan, ia merupakan satu tanggungjawab muslim kepada muslim yang lain. Seorang yang ditugaskan mengurus jenazah menceritakan detik pengalaman berhadapan dengan situasi terlihat wajah jenazah yang bertukar hitam. Ini bukan kisah seram untuk menakut-nakutkan kita, akan tetapi sebagai satu renungan buat kita semua.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.
“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.
Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

p/s: copypaste

Friday, April 5, 2013

c Admirer...

halluuuuuuuuuuuu kamu..kamu..kamu
yang khas buat c admirer... 0_o huhuhuiiiiiiii

AdMiRe??????
Definition 1: To regard with wonder or astonishment; to view with surprise; to marvel at.

Definition 2: To regard with wonder and delight; to look upon with an elevated feeling of pleasure, as something which calls out approbation, esteem, love, or reverence; to estimate or prize highly; as, to admire a person of high moral worth, to admire a landscape.

Definition 3: To wonder; to marvel; to be affected with surprise; sometimes with at.


admire...admirer...admired... sangat lh kan... hahaha biasalah kehidupan nie, ada yg meminati, diminati and whatsoever....


That person who is I admire...

I admire people who have many, many too numerous as the stars in general, now I pick a few of the brightest stars for everyone to enjoy it!!! hahaha kunun lh kan...


Hollaaaaaa guys, u know what??? hehehe That person really inspiring me.. bestnya kan, but i'm not fallin love with him... (haruskah fallin lop???)  Dia tu.. orang ny simple sempoi agak biasa2 ja.. Tapi apa yang best pasal dia... dia 'engineer' weii (engineer lh sangat -_-) hahaha sekali pandang macam budak2 yg suka lepak tepi jalan ja, dua kali pandang tak nampak pun dia nie sorg engineer, tiga kali pandang maybe lah engineer... hehehe hebat ka ada kwn engineer??? nie kali lh...


jomm2 bercerita bukan ny merapuh... flashback memory

ehhh kenap dia masuk bilik tu??? (tetiba ja aQ jadi bengong kejap) tu kan bilik asst.manager, yang dia masuk bilik tu buat apa.... sudah lah time masuk office tadi muka mcm ayam goreng yg ndk cukup di goreng, sudah la ndk senyum macam mahal betul senyuman nya tau, kalau di suru bayar tuk tengok senyuman ny tu kompom aQ ndk kan bayar, buang duit aQ ja huhhh... hayissss nie orang ya.... >> nah itu lh pertama kali aQ jumpa dengan org tu (sum1 who is really inpire me hehehe)

Dia sorg bos & kawan yg baik...

ok fine!!!

Assalamualaikummm....

fuhhh.. fuhhh.. fuhhh... habuk banyak sangat hehehe almaklum lah almost 1 year aQ tak update blog nie.. atas permintaan my "gosip girls" akhirnya aQ kembali merapu...

hallluuuu kamu... kamu... kamu... dengar sini aQ mau bercerita... curhat... curhat...curhat >>> curahan hati 

Dua bulan yang lalu bermulanya sebuah lembaran baru yang membawa aQ keluar dari kehidupan sebelum nie.. meniggalkan title "bambongan berjaya" hehehe one more stage in my life...



GEMS!!!! great...great...great... banyak kenangan manis & pahit sepanjang 2 bulan yg lalu... tapi paling best i ada "gosip girl" hahahaha (korang ada???) dorg semua nie gojes2 belaka... (tersangat lh ok) GEMS bagi aQ merupakan platform yg sangat berguna tuk graduan yg belum berkerja.. di sini kita membina soft skills (teramat soft ok..) module yg paling aQ suka ialah... jeng..jeng..jeng.. P.S.C.T sbb aQ akn jd "problem maker" hahaha aQ rindu pulak dgn papa roslan....

>>sebenarnya aQ teda idea mau menulis & merapu d sni -_- <<<

Tapi apa part yg paling best.... part makan2 hahaha terasa macam budak2 sekolah pulak.. terjun kolam pun best gak, jalan2 tepi pantai menghitamkan diri (eyuuuuu sangat hitam ok)... yg terpaling best ialah D'Kampong Resort SB...

>> aQ tak boleh focus lh, sbb dorg aktif betul d FB tu, membuatkan aQ kejap2 g FB kejap2 merapu balik d sni... tolong lh kamu..kamu..kamu<<< hahaha

stop sampai sni lh ya "gosip girl"... kejap2 lg i sambung ok.. i nak focus dgn FB dlu hahahaha

i luv u guys... :p

Wednesday, December 21, 2011

Betulkan Niat >>> Menangani Cemburu Buta...

Betulkan Semula Niat – Pertama sekali, betulkan niat kita. Untuk apa anda bercinta? Kenapa anda merasa perlu ada cinta itu? Semua ini perlu jelas. Segala yang kita buat mesti ada niat. Sebab itu kita selalu tahu bahawa amalan yang disertai bersama niat ada ganjarannya.  Kalau masa mula-mula dahulu niatnya bercinta ialah untuk suka-suka, maknanya tidak betullah langkahnya. Bila-bila masa sahaja kekasih anda akan lari. Bila percintaan mengalami masalah, anda akan hilang tempat bergantung. Sebab niatnya untuk suka-suka.


Kekasih kita itu bukan milik kita – Selalu fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati bahawa diri kita ini Allah yang punya. Bukan ibu, bukan ayah yang memiliki kita ini. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi, kekasih yang kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya. Justeru, bila semua ini Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Perlu ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Ingatlah bahawa bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.


Dekatkan diri pada Maha Pencipta – Ramai yang cemburu, dia rasa hidup ini macam tak ada arah. Bila putus cinta pun macam itu. Semua rasa tak tenang. Prasangka, syak, dan cemburu ini semua kerja syaitan. Tidak ada yang dapat mengusir iblis ini melainkan jalannya ke arah Tuhan. Cinta ini Tuhan yang beri, matlamatnya pun untuk Tuhan. Jadi, dalam bercinta pun jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan DIA sumber kekuatan kita. Pasti jika nada berfikiran sedemikian, rasa cemburu, gundah, iri, gelisah, dan segala macam rasa tidak tenang di hati  akan hilang.

Thursday, November 10, 2011

Hanya Yang Halal & Janji Allah SWT itu pasti...

Assalamualaikum.

“Aku dah putus dengan dia.”

“Huh... Kenapa?”
...
“Aku pun tak tahu, kenapa”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik.”


Selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu.”

“Kenapa? Apa yang dah jadi?”

“Rupa-rupanya dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih.”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang?”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia sekarang aku dah longlai. Separuh mati aku terluka. Rabak. Koyak. Patah.”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni. Tidurlah dah lewat ni.”

“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime.”



Beberapa bulan kemudian.

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“Kau ada jawapan?”

Senyum “Ada. Mudah.”

“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah.”

“Allah SWT sayang aku. Dia tak nak aku setia pada orang yang tak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah SWT beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah SWT aku terabai. Aku terlalu leka dengan dia.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawpan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah SWT. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa, duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar.”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah SWT tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan. Rindulah, sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat. Sebab tu, lebih baik mencegah daripada mengubati.”

“So sekarang?”

“Aku tengah berjuang untuk menjadi lebih baik. Doakan. Selangkah. Dua langkah. Aku sedang berlari mendekati Pencipta.”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah SWT itu pasti. Aku yakin Allah SWT dah sediakan imam yang terbaik buatku. Seseorang yang dapat membimbingku dan menyayangiku kerana-Nya. Tulang rusuk takkan tertukar.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah SWT. Aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah SWT sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah SWT buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Alhamdulillah syukur. Terima kasih Ya Allah. Kau selamatkanku sebelum aku tersadung jauh dari landasan-MU.”
 
 
 
 
from: Aurat itu Mahkota Wanita

Saturday, November 5, 2011

Sesuatu yang baik belum tentu benar...
♥ Sesuatu yang benar belum tentu baik...
♥ Sesuatu yang bagus belum tentu berharga...
♥ Sesuatu yang berharga/berguna belum tentu bagus...
♥ Jika kita tidak dapat menjadi orang yang pandai, jadilah orang yang baik... 
♥ Jika kita berbuat baik,kebaikan pula yang akan kita terima kelak...


ʚϊɞ Rendahkanlah HATI mu serendah mutiara di lautan...
ʚϊɞ Janganlah berjalan di dunia ini dengan kesombongan... 
ʚϊɞ Usirlah semua KESEDIHAN dengan menyebut nama ALLAH Ta’ala...
ʚϊɞ Bergantunglah segala sesuatu pada-NYA..
ʚϊɞ Hindari serta jauhilah HAWA NAFSU yang melenakan...
p/s: fr0m my friend 
 
Apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya, terpulang lah dengan diri kita sendiri bagimana untuk kita mencorakkannya... Sama ada kita memilih jalan ke syurga atau pun sebaliknya, tapi percayalah Allah menguji kita mengikut kemampuan kita.. Allah sayangkan semua hambaNya, tapi kita sebagai hamba yang selalu terleka  dengan godaan  dunia... setiap insan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa pun yang kita tempuhi dalam kehidupan ini ingat lah ada hikmah disebaliknya, tika senang mahupun susah jangan  kita lupa kepada-NYA... Apa pun yang berlaku Tuhan sentiasa bersama-sama dengan kita.. Bak kata seorang sahabat "Allah kan ada" ^^

^0^